nuffnag ad

Keputusan Liga Super 13.4.2018 pusingan ke 6



KEPUTUSAN UNIFI LIGA SUPER MALAYSIA PUSINGAN KE 6 - 13.4.2018




KEPUTUSAN 100PLUS LIGA PREMIER MALAYSIA PUSINGAN KE 7 - 13.4.2018


13 April 2018 - Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia pusing ke 6 pada malam ini telah menyaksikan Kedah dan Terengganu pulang dengan 3 mata. Masing-masing menewaskan pasukan dengan keputusan yang besar dengan Kedah menewaskan Selangor 4-0 ditempat sendiri manakala Terengganu menang selesa ke atas Melaka United 3-0 di gelanggang tempat lawan.

Kedah bangkit daripada kekalahan tempoh hari dengan menyaksikan jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha yang baru sahaja dilantik semalam menarik nafas lega. Begitu juga Terengganu kembali menemui rentak kemenangan setelah tewas kepada JDT pada perlawanan pusingan 5 sekaligus menyaksikan Terengganu naik 3 anak tangga ke 2 dengan 1 mata dibelakang JDT dan Kedah melonjak ke tangga ke 5. 

Episod kekalahan Selangor terus menjadi igauan dengan 6 mata selepas 6 perlawanan meletakan mereka 3 pasukan tercorot manakala Melaka United turun 2 anak tangga selepas tewas pada pelawanan malam ini. Apakah nasib ketua jurulatih Selangor, kita tunggu dalam beberapa hari lagi

Sementara itu, keputusan Liga Premier pada malam ini telah berlangsung satu perlawanan di antara Felcra FC dengan pasukan Pulau Pinang. Keputusan berpihak kepada Felcra FC dengan keputusan 3-1. 

sumber keputusan: scoreboard.com

Melaka United vs Terengganu FC




Kedah FA vs Selangor FA




Comments

Popular posts from this blog

Brazil menang bergaya, Belanda idam membalas dendam

SALAM BUAT RAMADHAN. KAU DATANG LAGI