nuffnag ad

Solat Jenazah

Assalamualaikum

Petang ni Admin terfikir nak kongsikan kaedah solat jenazah yang mudah memandangkan 2-3 hari Arwah Isteri Pengarah JBS KL dan Isteri Timb. Pengarah JBS Selangor telah pulang menemui Allah. Panduan mudah dan ringkas

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri :)
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.
Semoga maklumat ini memberi faedah kepada kita. In Sha Allah

Comments

Popular posts from this blog

Brazil menang bergaya, Belanda idam membalas dendam

SALAM BUAT RAMADHAN. KAU DATANG LAGI