Posts

Showing posts from 2014

nuffnag ad

Image
Wow.. Tahniah kepada JDT kerana berjaya merangkul Juara Liga Super 2014.! Walaupun diberi tentangan hebat oleh Sarawak (mcm tak sangka plak drg ni kuat time berlawan kat sarawak tapi tak bermaya bila bertemu Selangor ari tu.. Mcam ada ape2 je).. tapi ape pun tahniah kat Sarawak kerana berjaya mengekang JDT. Tahniah juga kepada PKNS dan Selangor kerana memberikan hiburan dikala menentukan sapa juara liga super malam tadi. P. Rangel menjadi pemain kasut emas dengan mengungguli jaringan gol sebanyak 16. Tahniah juga kepada Perak dan ATM kerana berjaya mengekalkan diri dalam liga super yang dijangka akan diswastakan oleh FAM pada tahun hadapan. sumber gambar: http://brotherssam.blogspot.com

PERLAWANAN FINAL LIGA SUPER: JDT ATAU SELANGOR JUARA LIGA SUPER

Image
Wow. da perlawanan terakhir liga supar 2014.. sape akan jadi juara? JDT atau Selangor? Mampukah JDT mengangkat piala pertama mereka atau mampukan Selangor menyekat hajat JDT. Persoalan itu hanya boleh terjawab apabila mlm ini perlawanan terakhir dengan Sarawak akan bertemu dengan JDT dan Selangor bertemu dengan adik sendiri Selangor PKNS. adakah adik akan tunduk dengan permintaan abg? haha.. kita tunggu dan lihat. Perlawanan yang akan bermula pada jam 8.45 mlm ini akan menentukan segalanya. Apa pun tahniah pada bakal juara.. Isnin lepas menyaksikan Pasukan Piala Presiden Perak telah berjaya mengekalkan juara berganda piala presiden dengan mengalahkan Pahang 3-2. Semalam juga menyaksikan PDRM dan FELDA kembali ke liga super untuk tahun hadapan. Tahniah buat kedua pasukan. Apapun moh kita gegar stadium mlm ini kasi support sama pasukan kesayangan anda! keratan akhbar mengenai perlawanan malam ini... Johan Liga Super Johan Piala Presiden - PERAK N. Johan Piala Presiden -...

OKU ? WARDINA ? MALAYSIA V AUSTRALIA ?

Image
salam, seminggu ni kecoh dengan inciden kisah remaja OKU yang dibiarkan sendiri terkurung dalam rumah oleh ibunya. admin pon rasa perkara ini tak patut berlaku. namun yang demikian admin tak nakla terus tunding jari tanpa dengar semua pihak punya cerita. macam macam cerita keluar selepas kisah pertama anak istimewa ini dikeluarkan, dari hari pertama ditemui, gambar lola ibunya, gaji ibunya, kisah bekas penjaganya dan pelbagai lagi dah dikeluarkan. terbaru artis kita wardina pula mengeluarkan kenyataan mengenai polisi OKU di Malaysia dengan Australia. Now admin tak nak kecoh2 sebab admin pon tak tau polisi Australia mcm mana. so dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh wardina dan kenyataan hamba allah yang duduk diaustralia yang menceritakan polisi oku di australia. Ingat admin tak bertanggungjawab atas semua comment korang semua.. apa pun mari kita cari kebenaran k. komen wardina mengenai isu OKU di Malaysia komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Wardina s...

World Cup 2014 vs Liga Super

Image
Assalam Saingan Kumpulan World Cup sudah pun menghampiri kemuncaknya.. Sudah pasti beberapa pasukaan sudah berjaya melangkah ke saingan pusingan 16 terbaik. Buat tuan rumah menentang cameroon pada isnin ini akan menentukan sama ada mereka boleh layak atau tidak ke saingan pasukan 16 terbaik. Sepanyol dan England sudah pun mengesahkan tiket pulang pun walaupun hebahan media yang kuat kepada mereka. Pasukan seperti Costa Rica, Switzerland, Jepun dan Korea masih lagi berpeluang untuk layak ke pusingan 16 terbaik. Keputusan perlawanan malam tadi Jadual perlawanan pagi nanti Kita lupakan world cup dan kembali kepada saingan liga super 2014 yang semakin menghampiri saingan kemuncak. Kemenangan Selangor kepada Sarawak menyaksikan JDT terpaksa melupakan hasrat untuk meraikan kemenangan awal menjuairi Liga Super. Kembalinya awang import berbisa selangor Paulo Rangel membuktikan selangor agak goyah tanpa kelibat pemain berbisa tersebut. Ini dapat dibuktikan kembalinya Rangel menyaksik...

JDT Rampas Tahta Liga Super! Selangor Tumpas ditangan Gladiators

Image
Wohoooo. sumber gambar:soker.net Akhirnya JDT menerajui liga! Baki Perlawanan tinggal 3 lagi. Jadi kenala kekalkan momentum untuk menjadi Juara Liga Super 2014. Tahniah TMJ. Para pemain JDT memang menunjukan kelas. Selangor pula masih lagi masih menjadi ancaman utama JDT untuk jadi juara liga super dengan ketinggalan 1 mata. Dan berbaki tiga perlawanan apa pun boleh berlaku. Carta Kedudukan Liga Super 2014 sehingga semalam sumber gambar:astroarena.

Solat Jenazah

Assalamualaikum Petang ni Admin terfikir nak kongsikan kaedah solat jenazah yang mudah memandangkan 2-3 hari Arwah Isteri Pengarah JBS KL dan Isteri Timb. Pengarah JBS Selangor telah pulang menemui Allah. Panduan mudah dan ringkas Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah : 1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati : ++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala. ++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala" ++ Baca Alfatihah hingga akhir 2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar" ++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad ++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir 3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar" ++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni : ++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki) ++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan) ++ Untuk mayat kanak-ka...

Perlawanan Kumpulan C dan D FIFA WORLD CUP.

Image
Selesai kumpulan A dan B malam tadi, malam ini kita tumpukan kepada kumpulan C dan D. Jadual malam ini seperti dibawah jadi pasti ramai yang menunggukan perlawanan fav mereka termasuk Perdana Menteri kita iaitu England menentang Italy

Keputusan FIFA World Cup 2014

Image
Keputusan FIFA World Cup 2014 Kumpulan A dan B Malam Tadi. Mexico 1 vs Cameroon 0 Chile 3 vs Australia 1 Sepanyol 1 vs Belanda 5 Kedudukan Terkini Kumpulan A dan B sumber:https://uk.eurosport.yahoo.com/

Demam Piala Dunia 2014 "FIESTA SAMBA BRAZIL 2014"

Image
Yo...sebenarnya admin suka sangat tgk bola..tapi malas nk tgk kat tv or kat luar.... lebih gemar duk kat rumah rehat.. argh lupakan semua tu buat masa ini. bagi mereka yang gemarkan bola sepak dan tidak tau nak lepak mana untuk tengok bolak sepak sempena piala dunia 2014 ini, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ada tempatnya. KBS sempena musim demam piala dunia 2014 ini telah menyediakan "BIG SCREEN" buat para peminat peminat sukan bola sepak terutamanya piala dunia 2014. Bermula semalam kesemua 14 negeri ada tempat "BIG SCREEN" ini dilayarkan. Sebelum perlawanan dimulakan, pelbagai aktiviti sampingan telah dirancang disetiap venue yang telah disenaraikan. Semalam bertempat di dataran mereka, perasmian FIESTA SAMBA BRAZIL 2014, YB KJ berkesempatan untuk mencuba beberapa aktiviti sukan bola bersama peminat piala dunia yang setia menanti detik jam 3 pagi tadi. "FIESTA SAMBA BRAZIL 2014" bersama YB KJ di Dataran Semalam https://twitter.com/KhairyKj ...

kEMAH kEMING wORLD cUP 2014. HEHE

Image
Assalamualaikum w.b.t hihi.. agak nak tergelak n pelik dimana jarang kita tgk ahli parlimen mahupun adun diMalaysia berjenaka dan sporting apatah lagi Perdana Menteri kita Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak kelihatan "COOL" dengan jenaka yang dibawakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. Khairy Jamaluddin. YB Khairy sememangnya terkenal dengan ramahnya dan jenakanya dalam pelbagai isu dan jarang melatah walaupun "dibahan@dimeme" ketika Final Piala Thomas baru-baru ini. Tidak dilupakan juga PM kita, boleh dikatakan tidak terlalu stress dan mengambil serius tentang jenaka"MC" yang dimohon oleh YB KJ. Apapun..musim demam piala dunia ni tgk dan layan bola satu hal...bila tiba solat subuh dan solat2 sunat dimalam hari jgn kita lupakan.keke..(tak tgk sangat piala dunia nih) YB KJ yang diMEMEkan pada Final Piala Thomas 2014 sumber:http://4.bp.blogspot.com/ Jenaka Twitter KJ mohon MC kepada PM dan Maklumbalas daripada bosnya sumber:https://twitter....

Brazil menang bergaya, Belanda idam membalas dendam

Image
Berakhir perlawanan pembukaan semalam. Ternyata Brazil memberikan persembahan garang dalam membenamkan pasukan Croatia 3-1 walaupun ketinggalan 1-0 pada minit ke 11. Agak menariknya gol tersebut dijaringkan sendiri oleh pemain Brazil, Marcelo. Gol-gol Brazil dijaringkan oleh Nyemar (29)(71 pen)dan Oscar(90). Apa pun tahniah kepada Brazil. Perlawanan kedua bagi piala dunia kumpulan A menyaksi Mexico menentang Cameroon. Jangkaan Admin perlawanan sengit diantara kedua-dua pasukan. Admin menjangkakan perlawanan ini akan berkesudahan seri 2-2. Kumpulan B Selain daripada perlawanan daripada kumpulan A, berlangsung juga perlawanan daripada kumpulan B iaitu Dendam kesumat Belanda yang masih membara menentang Titi Taka Sepanyol jam 3 pagi dan Chile menentang Australia pada jam 6 pagi.

Update! Jenazah isteri En. Sadon Suraji.

Assalamualaikum. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menziarah arwah isteri En. Sadon di rumahnya. Syukur kerana ramai jemaah berhampiran yang datang melawat dan juga membantu dari segi semua keperluan. Untuk makluman, arwah isteri beliau telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 4.00-6.30 petang. Jenazah isteri beliau telah dibawa ke hospital selayang untuk dibedah siasat punca kematiannya. Jenazah isterinya selamat ditiba dirumahnya sekitar jam 11.00 mlm. Difahamkan jenazah isteri En. Sadon akan disembahyangkan esok pada pada jam 10. Kepada mereka yang ingin melawat beliau boleh la datang dialamatnya no 33, jalan 2/9d, bandar baru selayang. Antara yang hadir dirumahnya 1. Ybhg Datuk Ksu 2. Hj. Makhruzi Pengarah SELANGOR 3. En. Shapawi Pesuruhjaya SUKAN 4. En. Mohd Nor TKP Sukan 5. En. Badari Pengarah IKBN Kinarut 6. Tn. Hj Rosli Sad Roy 7. Pn. Azlina PBK Setiawangsa 8. Pn. Rosmawati PBK Segambut 9. En. Syed Ideros JBSKL 10.Rakan-rakan drpd ROY 11.Pn. I...

SALAM BUAT RAMADHAN. KAU DATANG LAGI

Image
Countdown Clock Syukur alhamdulillah, tinggal lebih kurang 17 hari lagi untuk kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak iaitu bulan yang kita rindui. “Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ” — surah Al-Baqarah, ayat 185 Sedikit Info Mengenai Ramadhan Penentuan awal Ramadan Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab"). Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan hisab sahaja [3]. Dunia Melayu amnya mengguna...

Nisfu Syaaban

Image
Nisfu Syaaban Malam Nisfu Syaaban 2014 jatuh pada tarikh 12 Jun 2014 iaitu hari khamis malam jumaat. Malam nisfu Syaaban bermaksud malam 15 Syaaban dimana 14 Syaaban di siangnya, malamnya dipanggil malam 15 Syaaban. Oleh itu, malam Nisfu Syaaban pada tahun 2014 adalah pada malam esok (12 Jun 2014). Kebiasannya, aktiviti di masjid di malam tersebut ialah membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali, setiap satu dengan niat tersendiri yang akan diketuai oleh iman. KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN Kelebihan Malam Nisfu Syaaban WORLD CUP WORLD CUP JUGA SOLAT SUBUH JANGAN LUPA.. credit to http://aswanazmy.blogspot.com/

Takziah buat Pengarah Negeri W.P. Kuala Lumpur - Sadon Suraji

Image
Dari Allah kita datang & kepada Allah jua lah kita kembali...al-fatihah & salam takziah pada tuan Sadon Suraji sekeluarga atas pemergian isteri.moga arwah ditempatkan bersama ahli firdausi.al-fatihah.
Image
RIO 2014 Tinggal lagi beberapa jam untuk sepak mula bola sepak piala dunia 2014. Sudah pastinya tuan rumah kali ini Brazil ingin melangkah gagah demi memastikan impian seperti 31 pasukan yang lain iaitu JUARA PIALA DUNIA 2014. Pastikan anda bersedia pada jam 4 pagi ini. Perlawan Pembukaan Piala Dunia 2014 diantara Brazil dan Croatia. Countdown Widgets waktu countdown ini adalah berdasarkan kepada waktu malaysia